Opini - Kecantikan Alami

Tips Kecantikan Alami

Kecantikan boleh dibentuk melalui latihan dalam. Dan semestinya kecantikan dari dalaman itu kekal dan utama.inilah langkah-langkah penting membentuk kecantikan yang abadi:

1. Untuk membentuk bibir yang menawan,ucapkan kata-kata kebaikan.

2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bahagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.

4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah,diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi,jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain

Kecantikan wanita bukan terletak pada kain yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

A.A.N



Labels: